Friday, August 15, 2008

Perpindahan

Salam...
Untuk pengetahuan semua..blog openmind akan berpindah dan bertukar ke hosting baru dan domain baru oleh kerana kapasiti di dalam blog adalah terhad. Openmind akan mempunyai sebuah portal sendiri dan insyaallah akan di lancarkan paling lewat sebelum ramadhan tahun ini. oleh itu diharap semua pengunjung bersabar dan menunggu portal kami.
sekian harap maklum.

Monday, July 7, 2008

Pakej Lengkap Rahsia 10K Kini Terbongkar!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda, rakan-rakan online anda dan pakar-pakar IM mengenai persoalan benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?


Pernahkah anda tertanya-tanya kepada mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan internet ini mengenai bagaimanakah cara yang mereka gunakan beserta tips untuk mendapatkan lebih RM10K sebulan untuk perniagaan mereka?

Pernahkah anda tercari-cari seseorang yang paka
r dan berjaya yang boleh membantu anda sampai berjaya untuk mendapatkan RM10K sebulan melalui perniagaan internet?


Jika anda mempunyai persoalan seperti di atas, Tahniah diucapkan kerana anda telah berada di tempat yang betul untuk menjelaskan kekeliruan serta persoalan yang bermain di fikiran anda tersebut sejelas-jelasnya tanpa perlu berselindung!

Untuk persoalan "Benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?" Percayalah bahawa ia sememangnya benar sebenar-benarnya bahawa anda boleh membuat RM10K sebulan secara online tanpa ragu-ragu. Tidak kiralah anda membuat perniagaan internet ataupun menjana wang melalui internet, untuk mendapatkan RM10K sebulan adalah tidak mustahil!

Ramai IM di luar negara mampu membuat lebih USD10K (Bukan RM10K) setiap bulan secara online, malahan ada juga IM dari Malaysia yang mampu membuat lebih RM10K setiap bulan walaupun mereka hanya belasan tahun. Bukankah ia tidak mustahil untuk anda menjadi seperti mereka juga?

Buktinya, Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz yang merupakan pengasas Team Flarebiz mendapat lebih RM10K untuk bulan Januari 2008 dengan perniagaan online beliau walaupun beliau pada ketika itu merupakan bekas pelajar SPM berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau hanya melakukannya hanya di rumah beliau di Kelantan.

Jika anda bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapat RM10K beserta tips-tips untuk berjaya seperti beliau serta anda memerlukan seseorang yang pakar untuk membantu anda, Tahniah anda berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul..

Ini kerana Team Flarebiz telah mengumpulkan semua cara, teknik, tips dan sebagainya dalam satu e-book khas untuk membantu anda menghuraikan segala persoalan anda untuk menjana lebih RM10K sebulan melalui Perniagaan Internet anda sendiri. Bukan itu sahaja malahan mereka akan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi seperti mereka.

Memperkenalkan Sebuah E-Book Kontroversi

Pakej Rahsia 10K


Dalam Pakej Rahsia 10K Yang lengkap ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)


Dapatkannya segera untuk mengubah nasib dan masa depan anda dalam perniagaan internet anda sekarang juga jika anda tidak mahu menyesal seumur hidup anda berada di takuk lama! Dapatkan segera di http://www.rahsia10k.com/index.php?ref=eriez [+]

Kami ada sertakan tiga bonus untuk anda :

1) EZ Ebook Templates

2) Ecover Software

3) Squeeze Page Templates


Sahabat online anda,

Khalifah eriez



PS: Ramai orang masih dibuai angan-angan untuk menjana berjuta-juta USD kononnya melalui perniagaan internet sedangkan tidak tahu bagaimanakah caranya. Kini anda selangkah lebih ke hadapan kerana anda sudah menjumpai jalan untuk membantu anda menjadikan angan-angananda satu kenyataan. Bertindaklah sekarang juga!

Friday, June 27, 2008

Mohon maaf

salam, minta maaf kerana tidak dapat updatekan blog ini oleh kerana kesibukan tugas dan beberapa masalah teknikal. Pasti ramai tertanya2 kenapa blog ni sepi je. Ini adalah kerana kami belum war-warkan secara besar-besaran mengenai blog kami. Bagi kami biarlah kecil dan sedikit dari besar dan banyak tetapi tiada kualiti. Buat masa ni kami hanya mampu untuk mengendalikan kuantiti yang kecil dahulu dan kami sedang berusaha untuk berkembang dan memberikan yang terbaik sekali. Bagi sesiapa yang pernah hadiri kursus kami dan berminat untuk dapatkan gambar yang telah diambil sila emel pada kami di opmindtns@gmail.com, insya'Allah kami akan hantarkan kepada anda dengan secepat mungkin. Minta maaf la kepada anda yang pernah menghantar emel kepada kami tetapi tidak sempat kami balas. Ok sampai jumpa lagi.

Friday, June 13, 2008

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

update....update...!!!


(Khusus kepada mereka yang terlibat dalam bidang yang berkaitan dengan makanan dan sesuai kepada orang baru yang ingin melibatkan diri dalam bidang pemakanan)

Kursus akan diadakan pada 21 Jun 2008 / hari Sabtu di UKM Bangi.

TEMPAT TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja.

Maklumat kursus :

Tarikh : 21 Jun 2008
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Yuran : RM 80.00 / Seorang


Untuk pendaftaran sila hubungi / sms / emel kepada :

1. En. Hairi 012 -312 5363
2. Cik Shyra 012 - 310 5363

emel >> opmindtns@gmail.com

Untuk pembayaran sila deposit ke akaun bank kami

1 . Open Mind Training & Services 129001070402355 (Ar - Rajhi )
2 . Ahmad zulkhairi bin Ahamad Fadzil 1580 2473 7139 (Maybank)
(masukkan eriez_dhearty@yahoo.com untuk 3rd party emel)

Sila sms atau emel selepas bayaran di buat mengikut format di bawah

1. Nama
2. No. kad pengenalan
3. Tarikh dan masa bank-in
4. Jumlah di bank-in
5. No. telefon

atau bawa slip deposit pada hari kursus.

Daftar masuk (walk-in) di terima sekiranya masih ada kekosongan.

Daftar hari ini kerana tempat adalah terhad

Jumpa anda di sana.








Saturday, June 7, 2008

Seminar Pendedahan Perniagaan

Ingin memulakan perniagaan??
Tapi tidak tahu hendak menceburi bidang apa?
Sertailah kami pada 15 JUN 2008 ini dan kami akan mendedahkan sedikit sebanyak peluang-peluang perniagaan yang anda boleh ceburi.
Anda bakal mendengar sendiri dari pakar-pakar dan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang Peruncitan, Francais, Pelaburan, MLM dan ramai lagi. Jangan lepaskan peluang ini, kerana anda akan mendapat inspirasi dan jawapan kepada apa yang anda cari. Jadi jangan lupa catatkan tarikh 15 JUN 2008 ke dalam diari/kalendar anda.

Seminar Pendedahan Perniagaan
Tarikh : 15 Jun 2008 / Ahad
Masa : 8.00pagi - 5.00petang
Tempat : Fakulti Sains Sosial Dan kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
Bayaran : RM 50/= (Diskaun akan diberikan jika datang berkumpulan)

Sila hubungi/sms/emel pada :

Urusetia program -

1. En. Ahmad Zulkhairi bin Ahamad Fadzil 012 - 312 5363 / 012 - 224 0526
2. En. Mohammad Husni bin Ali@Buraidah 012 - 317 5363
3. Cik Nur Sahira bt Nordin 012 - 310 5363 / 012 - 264 5642
4. Cik Tengku Maaidah bt Tengku Abd Razak 012 - 934 6363
5. Cik Mardiah 013 - 200 1524

" Gagal selepas mencuba adalah lebih baik daripada gagal untuk tidak mencuba langsung" ~Khalifah eRiez~


Friday, May 16, 2008

IQRA'

‘Bacalah olehmu’ demikianlah wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan kita nabi MUHAMMAD S.A.W . Bacalah dan carilah ilmu hingga sampai ke negeri China. Carilah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad. Demikianlah betapa pentingnya ilmu bagi kita. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat melangkah lebih jauh, tanpa ilmu kita sukar untuk maju dan dek kerana kecetekan ilmu kita sentiasa berada di takuk lama. Dalam dunia keusahawanan, ilmu dan pengetahuan adalah sangat penting. Tanpa ilmu kita akan sentiasa ketinggalan. Sebagai orang islam dan saya percaya dalam agama lain pun ada menyebut kepentingan ilmu dan sebagai seorang usahawan kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba untuk menambah ilmu pengetahuan kita supaya kita akan dapat melangkah ke hadapan dengan lebih yakin.

Memetik kata-kata Guru Pidato saya ”Dengan ilmu kita akan dapat menguasai dunia”. Bagi pendapat saya, ada benarnya kata-kata guru saya itu. Suatu masa dulu saya seorang yang sangat pemalu dan takut bila berada dihadapan. Tetapi dengan ilmu berpidato yang saya pelajari, keyakinan dan kebolehan saya untuk berbicara meningkat. Saya dapat menguasai dunia di dalam bilik/dewan seminar. Walaupun kecil tapi itu merupakan kejayaan bagi saya.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, janganlah kita berhenti untuk mencari ilmu. Dimana proses mencari ilmu hendaklah sentiasa berjalan. Andai kita malas dan tidak mahu menambah ilmu kita, jangan bicara untuk menjadi usahawan, jangan bicara untuk menjadi jutawan. Dari pembacaan saya, orang-orang yang berjaya dan telah mempunyai wang berjuta-juta. Mereka menitikberatkan kepentingan ilmu. Mereka sentiasa berusaha menambahkan ilmu mereka setiap hari. Mereka sanggup berhabis beribu-ribu ringgit semata-mata untuk belajar dan menambah ilmu. Bagaimana dengan kita? Sanggupkah kita berbuat demikian. Kadangkala setelah dipaksa dan diberi ’geran’ untuk pergi ke kursus/seminar atau kelas-kelas ilmu, barulah kita akan bangun dan pergi.

Sebagai usahawan yang ingin menjadi jutawan, keinginan mencari ilmu hendaklah seiring dengan keinginan kita untuk mencari wang. Dengan ilmu kita dapat menggandakan wang kita. Sanggupkah kita berniaga siang dan malam dan mengulangi perkara yang sama sampai bila-bila, tetapi dengan ilmu dan pengetahuan kita tidak perlu kerja lebih tetapi wang kita yang akan menjadi lebih. Baru-baru ini mentor saya ada menyebut mengenai ilmu ’mengklonkan’ diri kita, ilmu mendokumenkan pengetahuan dan skil kita kepada orang lain. Itulah ilmu bagaimana untuk menggunakan masa dan tenaga orang lain bagi mendapatkan wang untuk kita.

Ramai yang bila ditanya apakah sebab mereka hendak menjadi usahawan. Jawapan yang paling banyak diterima ialah saya ingin menjadi kaya atau jutawan. Tetapi adakah kita mempunyai ilmu yang cukup dan mantap dalam menjadi seorang jutawan. Jika saya memberi setiap seorang RM100 ribu, saya percaya tidak sampai satu bulan kebanyakannya akan menghabiskan wang tersebut untuk perkara yang sia-sia dan hanya seorang dua sahaja yang berjaya menggandakan wang tersebut. Mengapa semua ini berlaku. Jawapannya ialah kita kekurangan ilmu dalam menguruskan kewangan kita. Tidak kisah sama ada kewangan peribadi atau kewangan syarikat (perniagaan). Ini dipanggil Kebijaksanaan Pengurusan Kewangan Peribadi (Personal Financial Intelligent-PFI).

Oleh kerana itulah ilmu sangat dititikberatkan kepada usahawan. Tanpa ilmu, walaupun kita boleh membuat jualan sehingga beribu-ribu ringgit sehari tetapi gagal menguruskannya dengan baik. Maka kita masih seorang yang gagal. Janganlah kita terlalu berkira mengenai berapa bayaran yang perlu kita bayar, tetapi berapa banyak dan berapa nilai ilmu yang akan kita dapat pelajari. Sentiasalah berusaha untuk mencari dan menambah ilmu. Sekiranya anda memerlukan nasihat mengenai buku-buku yang patut di baca atau kursus yang patut anda hadiri, bolehlah berhubung dengan saya atau perunding-perunding kami yang lain.

~ Bersama kita menuju ke puncak kejayaan~

Tajuk dan isi dikupas daripada khutbah jumaat masjid/surau An-nur sek.20 shah alam (16 mei 2008) bersempena sambutan hari guru 2008.

Ahmad Zulkhairi bin Ahamad Fadzil

(Perunding OpenMind Training&Services)

Emel : ahmad_zulkhairi@hotmail.com

Tuesday, May 13, 2008

Selesai sudah

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah, selesai juga kursus asas usahawan pada hari ini. Sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta2 kursus. Memang cukup bersemangat dan bermotivasi tinggi walaupun kursus dibuat pada hari minggu. Pada kursus kali ini peserta2 didedahkan dengan dunia keusahawanan, bagaimana untuk merancang dan menulis rancangan perniagaan, pembiayaan perniagaan dan yang menarik sekali sesi berdialog dengan Dr Tengku Ahmad Ridhaudin b. Tengku Abd. Razak(malangnya gambar beliau telah 'corrupt' semasa di transfer ke dalam laptop :-( ) Beliau adalah seorang usahawan yang telah berjaya membebaskan diri dari bebanan hutang dan kini mempunyai simpanan sebanyak RM1Juta, juga seorang mentor kepada perunding kami. Banyak tips2 dan pesanan yang dikongsi bersama peserta2 kursus. Antara pesanan beliau ialah:

1. Sebelum anda menceburkan diri dalam bidang perniagaan, anda haruslah melengkapkan diri dengan ilmu2 dalam menguruskan wang. Ini kerana walaupun anda pandai berniaga dan jualan anda dapat mencecah ribuan ringgit tetapi anda tidak dapat menguruskan wang itu dengan baik, anda masih seorang yang gagal. Tiada gunanya wang yang banyak sekiranya tidak dapat diuruskan dengan baik. Jika seorang itu mengamalkan Personal Financial Intelligent (PFI) pasti dia akan dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik.

2. Di antara kesilapan2 umum yang di buat oleh usahawan2 adalah

  • Tidak faham erti DUIT
  • Berada dalam kumpulan atau persekitaran yang sentiasa negatif.
  • Asyik menyalahkan orang lain atau takdir. Dimana seseorang itu tidak berusaha dengan bersungguh2 dan asyik menyalahkan yang lain sekiranya tidak berjaya

3. Jangan hadkan keupayaan diri anda dengan meletakkan matlamat yang kecil. Explore dunia ini bagaikan seorang kanak2. Seperti yang pernah kita lalui semasa kecil dahulu. Tiada halangan untuk mencuba segala apa yang ada didunia ini. Dalam dunia kanak2 tiada kenal erti putus asa dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru sentiasa ada walaupun banyak halangan. Begitulah dalam dunia keusahawanan. Jangan takut untuk mencuba dan explore.

4. Akhir sekali jika anda tahu dan faham apa makna DUIT dan perbezaan antara WANG dengan MATA WANG, INSYALLAH andalah bakal jutawan.



Ini adalah antara gambar2 yang sempat kami rakam. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus kali ini. Semoga bertemu lagi dalam kursus2 lanjutan yang akan datang. Bagi peserta2 yang telah datang pada kursus hari ini, anda berhak mendapat keistimewaan untuk kursus2 yang bakal kami anjurkan. Jadi jangan lepaskan peluang ini, serta jangan lupa untuk mengisi borang ahli Kojarum dan juga Kelab OpenMind supaya anda akan mendapat banyak kelebihan seperti yang telah kami war-warkan. Untuk makluman lanjut bolehlah berhubung dengan perunding2 kami atau datang ke pejabat kami di no 12-1-1 tgkt 12, Kompleks Pertama, KL (bersebelahan sogo dan bangunan mara)

Perunding-perunding OpM
1. En. Ahmad Zulkhairi bin Ahamad Fadzil 012 - 312 5363
2. En. Mohammad Husni bin Ali@Buraidah 012 - 317 5363
3. Cik Nur Sahira bt Nordin 012 - 310 5363
4. Cik Tengku Maaidah bt Tengku Abd Razak 012 - 934 6363

emel pada opmindtns@gmail.com