Tuesday, May 13, 2008

Selesai sudah

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah, selesai juga kursus asas usahawan pada hari ini. Sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta2 kursus. Memang cukup bersemangat dan bermotivasi tinggi walaupun kursus dibuat pada hari minggu. Pada kursus kali ini peserta2 didedahkan dengan dunia keusahawanan, bagaimana untuk merancang dan menulis rancangan perniagaan, pembiayaan perniagaan dan yang menarik sekali sesi berdialog dengan Dr Tengku Ahmad Ridhaudin b. Tengku Abd. Razak(malangnya gambar beliau telah 'corrupt' semasa di transfer ke dalam laptop :-( ) Beliau adalah seorang usahawan yang telah berjaya membebaskan diri dari bebanan hutang dan kini mempunyai simpanan sebanyak RM1Juta, juga seorang mentor kepada perunding kami. Banyak tips2 dan pesanan yang dikongsi bersama peserta2 kursus. Antara pesanan beliau ialah:

1. Sebelum anda menceburkan diri dalam bidang perniagaan, anda haruslah melengkapkan diri dengan ilmu2 dalam menguruskan wang. Ini kerana walaupun anda pandai berniaga dan jualan anda dapat mencecah ribuan ringgit tetapi anda tidak dapat menguruskan wang itu dengan baik, anda masih seorang yang gagal. Tiada gunanya wang yang banyak sekiranya tidak dapat diuruskan dengan baik. Jika seorang itu mengamalkan Personal Financial Intelligent (PFI) pasti dia akan dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik.

2. Di antara kesilapan2 umum yang di buat oleh usahawan2 adalah

  • Tidak faham erti DUIT
  • Berada dalam kumpulan atau persekitaran yang sentiasa negatif.
  • Asyik menyalahkan orang lain atau takdir. Dimana seseorang itu tidak berusaha dengan bersungguh2 dan asyik menyalahkan yang lain sekiranya tidak berjaya

3. Jangan hadkan keupayaan diri anda dengan meletakkan matlamat yang kecil. Explore dunia ini bagaikan seorang kanak2. Seperti yang pernah kita lalui semasa kecil dahulu. Tiada halangan untuk mencuba segala apa yang ada didunia ini. Dalam dunia kanak2 tiada kenal erti putus asa dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru sentiasa ada walaupun banyak halangan. Begitulah dalam dunia keusahawanan. Jangan takut untuk mencuba dan explore.

4. Akhir sekali jika anda tahu dan faham apa makna DUIT dan perbezaan antara WANG dengan MATA WANG, INSYALLAH andalah bakal jutawan.



Ini adalah antara gambar2 yang sempat kami rakam. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus kali ini. Semoga bertemu lagi dalam kursus2 lanjutan yang akan datang. Bagi peserta2 yang telah datang pada kursus hari ini, anda berhak mendapat keistimewaan untuk kursus2 yang bakal kami anjurkan. Jadi jangan lepaskan peluang ini, serta jangan lupa untuk mengisi borang ahli Kojarum dan juga Kelab OpenMind supaya anda akan mendapat banyak kelebihan seperti yang telah kami war-warkan. Untuk makluman lanjut bolehlah berhubung dengan perunding2 kami atau datang ke pejabat kami di no 12-1-1 tgkt 12, Kompleks Pertama, KL (bersebelahan sogo dan bangunan mara)

Perunding-perunding OpM
1. En. Ahmad Zulkhairi bin Ahamad Fadzil 012 - 312 5363
2. En. Mohammad Husni bin Ali@Buraidah 012 - 317 5363
3. Cik Nur Sahira bt Nordin 012 - 310 5363
4. Cik Tengku Maaidah bt Tengku Abd Razak 012 - 934 6363

emel pada opmindtns@gmail.com

No comments: