Friday, May 16, 2008

IQRA'

‘Bacalah olehmu’ demikianlah wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan kita nabi MUHAMMAD S.A.W . Bacalah dan carilah ilmu hingga sampai ke negeri China. Carilah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad. Demikianlah betapa pentingnya ilmu bagi kita. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat melangkah lebih jauh, tanpa ilmu kita sukar untuk maju dan dek kerana kecetekan ilmu kita sentiasa berada di takuk lama. Dalam dunia keusahawanan, ilmu dan pengetahuan adalah sangat penting. Tanpa ilmu kita akan sentiasa ketinggalan. Sebagai orang islam dan saya percaya dalam agama lain pun ada menyebut kepentingan ilmu dan sebagai seorang usahawan kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba untuk menambah ilmu pengetahuan kita supaya kita akan dapat melangkah ke hadapan dengan lebih yakin.

Memetik kata-kata Guru Pidato saya ”Dengan ilmu kita akan dapat menguasai dunia”. Bagi pendapat saya, ada benarnya kata-kata guru saya itu. Suatu masa dulu saya seorang yang sangat pemalu dan takut bila berada dihadapan. Tetapi dengan ilmu berpidato yang saya pelajari, keyakinan dan kebolehan saya untuk berbicara meningkat. Saya dapat menguasai dunia di dalam bilik/dewan seminar. Walaupun kecil tapi itu merupakan kejayaan bagi saya.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, janganlah kita berhenti untuk mencari ilmu. Dimana proses mencari ilmu hendaklah sentiasa berjalan. Andai kita malas dan tidak mahu menambah ilmu kita, jangan bicara untuk menjadi usahawan, jangan bicara untuk menjadi jutawan. Dari pembacaan saya, orang-orang yang berjaya dan telah mempunyai wang berjuta-juta. Mereka menitikberatkan kepentingan ilmu. Mereka sentiasa berusaha menambahkan ilmu mereka setiap hari. Mereka sanggup berhabis beribu-ribu ringgit semata-mata untuk belajar dan menambah ilmu. Bagaimana dengan kita? Sanggupkah kita berbuat demikian. Kadangkala setelah dipaksa dan diberi ’geran’ untuk pergi ke kursus/seminar atau kelas-kelas ilmu, barulah kita akan bangun dan pergi.

Sebagai usahawan yang ingin menjadi jutawan, keinginan mencari ilmu hendaklah seiring dengan keinginan kita untuk mencari wang. Dengan ilmu kita dapat menggandakan wang kita. Sanggupkah kita berniaga siang dan malam dan mengulangi perkara yang sama sampai bila-bila, tetapi dengan ilmu dan pengetahuan kita tidak perlu kerja lebih tetapi wang kita yang akan menjadi lebih. Baru-baru ini mentor saya ada menyebut mengenai ilmu ’mengklonkan’ diri kita, ilmu mendokumenkan pengetahuan dan skil kita kepada orang lain. Itulah ilmu bagaimana untuk menggunakan masa dan tenaga orang lain bagi mendapatkan wang untuk kita.

Ramai yang bila ditanya apakah sebab mereka hendak menjadi usahawan. Jawapan yang paling banyak diterima ialah saya ingin menjadi kaya atau jutawan. Tetapi adakah kita mempunyai ilmu yang cukup dan mantap dalam menjadi seorang jutawan. Jika saya memberi setiap seorang RM100 ribu, saya percaya tidak sampai satu bulan kebanyakannya akan menghabiskan wang tersebut untuk perkara yang sia-sia dan hanya seorang dua sahaja yang berjaya menggandakan wang tersebut. Mengapa semua ini berlaku. Jawapannya ialah kita kekurangan ilmu dalam menguruskan kewangan kita. Tidak kisah sama ada kewangan peribadi atau kewangan syarikat (perniagaan). Ini dipanggil Kebijaksanaan Pengurusan Kewangan Peribadi (Personal Financial Intelligent-PFI).

Oleh kerana itulah ilmu sangat dititikberatkan kepada usahawan. Tanpa ilmu, walaupun kita boleh membuat jualan sehingga beribu-ribu ringgit sehari tetapi gagal menguruskannya dengan baik. Maka kita masih seorang yang gagal. Janganlah kita terlalu berkira mengenai berapa bayaran yang perlu kita bayar, tetapi berapa banyak dan berapa nilai ilmu yang akan kita dapat pelajari. Sentiasalah berusaha untuk mencari dan menambah ilmu. Sekiranya anda memerlukan nasihat mengenai buku-buku yang patut di baca atau kursus yang patut anda hadiri, bolehlah berhubung dengan saya atau perunding-perunding kami yang lain.

~ Bersama kita menuju ke puncak kejayaan~

Tajuk dan isi dikupas daripada khutbah jumaat masjid/surau An-nur sek.20 shah alam (16 mei 2008) bersempena sambutan hari guru 2008.

Ahmad Zulkhairi bin Ahamad Fadzil

(Perunding OpenMind Training&Services)

Emel : ahmad_zulkhairi@hotmail.com

No comments: